Cukai dan GST

Gst

Assalamualaikum harini saya ingin membincangkan tentang isu semasa iaitu gst melalui sudut pandangan saya dalam satu penyampaian ringkas. Gst  boleh ditakrifkan sebagai  good&service tax ,general service tax government service tax atau yang sama waktu dengannya. Walau apapun ia cukai adalah cukai iaitu bayaran yang perlu dijelaskan oleh setiap penduduk Malaysia. sedarkah kita pada hari ini kenaikan harga barangan perkhidmatan dan sebagainya telah menyebabkan kuasa beli kita telah berkurangan secara mendadak, jika ya Tanya diri anda mengapa?. Hal ini adalah kerana kenaikan harga cukai dan pengenalan pelbagai jenis cukai yang dibuat bagi membantu bayaran bunga hutang Negara.


 Masalahnya dengan golongan birokrat berpendidikan tinggi ini adalah mereka menyangka tindakan menaikkan kadar cukai dapat menyelamatkan ekonomi. cukai membunuh ekonomi , manakala pihak bank dan ahli politik menjadi semakin kaya.Masaalah dapat menjadikan kita lebih bijak, masalah juga dapat menjadikan kita lebih miskin, pilihan di tangan kita. Semua orang mahu hidup mereka ditanggung kerajaan tetapi mereka lupa kerajaan hidup hasil tanggungan semua orang. Fikir fikir dan renungkanlah.