PROSEDUR TUKAR NAMA KERETA (PUSPAKOM)



1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar 30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama..
4. Lepak.. nanti V.E ambil kereta korang.
5. lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan..
6. tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya..

Macamana Nak LULUS
Bagi pemilik kereta yang nak buat tukar hak milik

1. kereta korang mestilah standard.. takada modifikasi yang tidak dibenarkan @ hasil belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. no. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong 2, (potong sambung).. kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. cermin mestilah cerah.. bermaksud.. kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%. itu je..

kereta karat ke, lampu tak menyala ke, aircond takde ke.. kereta pintu kemek ke.. tayar botak ke.. selagi untuk pemeriksaan tukar hak milik benda tu tak ada periksa pun.. cat buruk macam sampah ke takpe... selagi korang tak tukar identiti kenderaan tu.. dari kancil pergi mira ( dahaitsu), dari wira pergi evo3 (mitsubishi).. keputusan Puspakom ni (vr1) tahan selama 1 bulan sahaja.. jangan lewat pulak.. nanti kena periksa lagi..

Bila dah siap puspakom korang pergi JPJ.
1. Pergi kaunter pertanyaan..
2. cakap nak buat tukar nama.
3. nanti diaorang akan bagi borang...
4. untuk ic owner lama, nanti diaorang akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan korang, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah..
5. kalau roadtax masih hidup, korang pergi buat insuran atas nama korang dulu, tapi kalau nak mudah.. korang semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh VR1 korang tadi..
6. semak semula dokumen korang.. bila dah cukup.. atau bawak balik ke konter peranyaan JPJ tadi.. korang suruh diaorang tolong semak dokumen tadi..
7.bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. sampai giliran.. korang bagi ic original korang dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. lepas tu diaorang akan suruh korang duduk sebentar..
10. tunggu sampai diaorang panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. keluar dari pejabat JPJ.
12. Masuk Kereta..
13. start enjin, masuk gear,, dan senyum.. balik.. urusan selesai.. 

kalau korang buat sendiri, kos dalam rm 130. sahaja, tidak termasuk cukai jalan dan insuran.. mudah kan.. apa yang diperlukan.. masa sehari..

P/s. Pastikan kenderaan anda yang nak ditukar nama tu tak ada saman yang dah blacklist, kalau tak boleh merencatkan urusan pemindahan tukar nama tu harga mungkin naik dari masa ke semasa.. 

Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta




Jenis Permohonan Tukar Enjin

[copy dari portal JPJ]
JENIS-JENIS PERMOHONAN 
Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama dengan enjin asal atau tidak melebihi 25% dari enjin asal. 
Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang sama dan keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal dan tidak melebihi 30% dari enjin asal. 
Kategori 3 : Penukaran enjin dari buatan yang sama dan keupayaan kapasiti (cc) bertambah atau berkurang melebihi 30% dari enjin asal. 
Kategori 4 : Penukaran enjin (sama atau berbeza buatan) dengan menggunakan bahan bakar yang berbeza daripada enjin asal. 
Kategori 5 : Penukaran enjin dari buatan yang berlainan dengan enjin asal. SYARAT-

SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin: Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik pada bahagian rangka chasis (chassis frame). Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% opacity. (Bagi enjin diesel sahaja). Status enjin diesel hijau akan terbatal bila enjin telah ditukar (bagi enjin diesel hijau sahaja). Tahap kecekapan sistem brek hendaklah ditingkatkan kepada 60% mengikut piawaian ujian brek dan had kestabilan sistem gantungan (Suspension System) hendaklah ditingkatkan juga. (Kategori 2 atau 3 sahaja) Kenderaan mestilah dilengkapi dengan brek cakera (disc brake) di hadapan dan di belakang. (Kategori 2 atau 3 sahaja) 


DOKUMEN-DOKUMEN PENTING Bagi Kategori 1 – Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut: Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan Bil/Resit belian enjin yang asal Laporan Kastam K1 yang asal Bagi Kategori 2 hingga 5 – Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut: Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Salinan bil/resit belian enjin Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut: Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan Bil/Resit belian enjin yang asal Laporan Kastam K1 yang asal Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) Laporan PG10 (Kategori 3 sahaja) Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

PANDUAN BELI HALFCUT

1) bukak radiator cap. pastikan air dalam tu hijau cantek punyer...lepas tu jangan tutup...biar jek terbukak...pastikan air dalam tangki spare cukup...

2) bukak oil cap. tgk keadaan dalam enjin samada berkarat @ kekuningan...kalau karat, maknanye enjin da lama tak hidup...kalau kuning, okla tu...kalau depan kesan hangus...(bau minyak hangus)sendri mau igt

3) tarik deep stick...lap 1x...tgk ade kesan minyak tak...(biasa kalau ade dia jadi berbelang)...kalau ade belang tu...maknanye enjin da lama tak idup @ minyak enjin lama tak tukar

4) kalau enjin turbo...cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samada leaking atau tak...kalau leaking...takyah amik...

5) biasanye hafkat, ade ejos separuh...korbankan skit tangan korang yg bersih tu, "colek" skit pada bahagian dalam ejos tu...tgk ade minyak ke tak...kalau ade minyak...(atau kesan minyak enjin)...maknenye valve seal da bocor...

6) tgk mileage...(jangan percaye sgt nih, ade gak yg meter pusing)

7) perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ade banyak habuk melekat, jadi hitam...tu takpe...boleh cuci...tapi..kalau basah ngan minyak, takyah amik...

8)apabila korang da betul2 puas hati ngan kriteria2 di atas, barula ko suh dia stat enjin...dengar dia punye autochoke, jalan ke tak...rpm akan jadi tinggi masa autochoke nih on...

9) kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?...ha...masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yg boleh ko tau...tgk samada air dalam raditor tu, melompat keluar ke tak...kalau melompat jek...ko suh tokey tu matikan enjin, simpan balik hafkat tu, takyah amik...konpom banyak problem hafkat tu...lepastu ko biar je sambil tgk air dalam radiator tu, kurang atau tak...dalam masa yg sama, tgk dekat ejos, mesti ade sedikit asap warna putih @ hitam (normal nih, sebab pembakaran belum lengkap, tambah lak enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh @ merecik melalui ejos...ini tandenye....enjin tersebut berada pada tiptop condition...

10) perkara yg paling PENTING sekali masa beli hafkat nih, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jangan bukak air cond dulu...biar dia jalan dulu...lantakla kalau tak cukup minyak pun...suh tokey tu tambah lagik petrol tu...cakap la yg kita nak beli...dia mesti layan punyer...dengar betul2 dia punye idling, elok ke tak...

11) bila kipas dah pusing...em...kalau boleh biar sampai cut...tgk ade semput ke tak...kalau semput...mintak turun harga,...mungkin plug da tak elok...(sampai stage nih, korang mesti beli, kalau tak beli, hah, siap la korang kena hamun ngan tokey tu...

12) lepas tu...barula korang cek functional setiap controller...aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yg penting nyale, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takde, so relay jadik tak betul, lepas tu tgk lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jgn lebih separuh, jam,...kalau salah satu dari pada nih tak function, mintak turun harge kaw2 punyer...

13) pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat...kalau takde, mintak turun harge lagik...


yg penting sekali.....lepas idupkan engine...biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch....kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkop.