hammer valve


Permata Yg Hilang

NAH AMIK KAU PERMATA YANG HILANG


P/S BUKU NI UNTUK ORANG DEWASA SAHAJA


Permata Yang Hilang, mengenai kitab yang terhimpun, konsep menuntut ilmu, sedutan kata dari Kitab An-Nikah oleh Imam Al-Ghazali, memahami bahawa perempuan itu untuk lelaki, faedah berkahwin, keperluan berkahwin dan matlamatnya dan liputan mengenai Ilmu Senggama bangsa Melayu secara umum.Aplikasi ini baik bagi mereka yang baru melangsungkan perkahwinan dan ingin mendalami ilmu nafkah batin dengan cara yang betul.

trigger mechanism



prev <<  >> next

piston valve



prev  <<     >> next

TUTORIAL SENAPANG ANGIN


TUTORIAL INI AKAN MENGAJAR ANDA CARA CARA UNTUK MEMBUAT SENAPANG ANGIN
 senapang angin jenis ini terdapat beberapa bahagian komponen antaranya ialah

  1. air tank
  2. piston
  3. piston valve
  4. hammer valve
  5. laras
  6. picu/trigger

dan beberapa bahagian kecil setiap sambungan hendaklah dibalut dengan tape putih supaya tiada kebocoran pada bahagian sambungan.

next



siapa salah siapa benar

KEBODOHAN MEREKA KESUSAHAN KAMI



Jauh sekali kematangan ketua pengarah JPJ yang ini berbanding dengan yang sebelumnya. Hari demi hari kita melihat kekalutan beliau dalam melontarkan hujah depan media. Setiap kali tersilap cakap, maka laman FB JPJ jadi punching bag. Berhempas pulas pulalah admin laman itu menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

Tidak keterlaluan kami katakan yang begitu ramai pegawai dan anggota JPJ yang merasa terhina dan malu dengan pelbagai kenyataan kurang akal oleh KP mereka. Kebencian rakyat yang memang sudah sedia tertekan jiwanya menjadi semakin meluap-luap. Beliau harus belajar berhujah, jangan hanya tahu membaca teks.

Khilaf yang berulang-ulang itu akhirnya dijadikan bahan tawa rakyat jelata. Tidak kurang juga yang menjadikannya isu politik. Tindak tanduk kurang matang itu dikaitkan dengan usaha kerajaan untuk kononnya sengaja mengutip wang rakyat. Lebih parah lagi bila kebencian itu sampai ke peringkat meludah anggota JPJ yang ditimpa kemalangan, juga kereta JPJ dibakar tanpa belas kasihan sama sekali.

Ungkapan paling lawak ialah apabila mengaitkan nombor plate dengan kadar kemalangan maut tanpa menjelaskan rasionalnya sewaktu diwawancara. Lebih sadis apabila beliau dengan jelas menyatakan mahukan 'sejumlah kematian' walaupun maksudnya baik iaitu mahukan kematian dikurangkan. Siapa sahaja yang mendengar pasti akan tersentak dengan kenyataan itu.

UKURAN NOMBOR PLATE

Isu ini telah dijadikan bahan lawak. Terlalu sedih melihat rintihan marhaen yang begitu naif, yang terkais-kais untuk menyara hidup yang serba mahal dan tertekan namun dibebani dengan saman yang tidak sepatutnya. Nombor plate standard yang dipasang oleh pihak proton juga disaman.

Perhatikan beberapa gambar yang dikepilkan dan biar gambar berbicara.

1. Adakah plate number motorsikal 1Malaysia BCB 3731 itu yang menyebabkan kemalangan maut atau helmet yang tidak ikut piawaian? atau ketiadaan lampu dan signal belakang pada motosikal yang menggunakan plate sebesar gajah itu?

2. Adakah plate number yang jadi penyebab kemalangan atau pakaian seksi yang menyebabkan mata tertumpu pada penumpang motosikal itu ?

Saiz huruf untuk kereta ditetapkan 70x40mm dan sais huruf untuk motosikal ialah 40x30mm. Secara logiknya, asal saja tidak lebih kecil dari saiz huruf yang ditetapkan pada motosikal sepatutnya dibolehkan. Jika tidak, baik tetapkan sahaja ukuran yang sama untuk motosikal dan kereta.

Mengapa kami kata begitu? Kerana mata dan lensa kamera yang sama juga yang akan digunakan untuk melihat kedua-dua nombor plate itu bukan?

JARAK HURUF

Telah ditetapkan 10 mm jarak antara nombor, juga 30mm antara nombor dan huruf bagi nombor plate kereta. Bagi plate motosikal pula sekitar separuh dari itu. Huruf atau nombor tertentu seperti nombor 1, 4 atau 7 contohnya akan secara otomatik nampak hodoh dan janggal jika dipasang mengikut jarak yang diminta. Cuba lihat pada imej plate JPJ 11. Pegawai JPJ sendiri tidak ikut ukuran yang ditetapkan.

Sekali lagi ingin kami tarik perhatian tentang beza saiz dan jarak huruf untuk plate kereta dan motosikal. Sudahlah huruf yang ditetapkan kecil, jarak antara huruf juga separuh dari itu. Bukankah mata yang sama juga yang akan melihat dan mengenalpasti plate nombor itu?

Cuba perhatikan plate number kereta pemandu yang disaman itu (MBR 7074). Diberitakan beliau tidak tahu menahu. Plate itu tidak pernah diubah sejak kereta itu dibeli. Tidakkah itu menganiaya pemandu yang naif ini? Yang peliknya ada kereta yang disaman pernah lulus PUSPAKOM beberapa kali dengan plate yang sama.

CERMIN GELAP

Sebelum ini ramai sahabat dari kalangan anggota PDRM yang merungut. Mereka juga tidak bersetuju dengan ketetapan JPJ tentang isu ini.

Alhamdulillah semalam diberitakan Datuk Abdul Manaf Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod PDRM Bukit Aman sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia. Malah PDRM tiada statistik yang menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap semasa melakukan jenayah.

Majoriti anggota PDRM menampakkan kebimbangan dengan kejadian pecah cermin kereta dan kecurian isi kereta yang terlalu banyak berlaku. Sebenarnya penjenayah ada banyak cara yang lebih nekad. Antaranya termasuk memalsukan nombor kenderaan. Sekalipun diharamkan cermin gelap, penjenayah yang ingin menggunakan kaedah itu akan tetap memasangnya kerana menganggap itu masalah kecil. Saman mereka boleh bayar. Bahkan mereka akan memecut lari dari pihak polis atau JPJ apabila melakukan jenayah.

Pihak polis sendiri kongsikan pengalaman mereka yang membawa kesimpulan bahawa pemasangan cermin gelap boleh mengurangkan kes jenayah, khususnya kes ragut dan pecah cermin kenderaan terhadap pemandu wanita. Suka kami rumuskan beberapa lagi kebaikan cermin gelap ini seperti berikut,

1. Menyukarkan peragut dan perompak mengintai isi dalam kenderaan. Khasnya ketika ianya sedang dipandu. Apatah lagi oleh pemandu wanita.

2. Memberikan sedikit keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika panas terik, khasnya bagi kenderaan lama yang airconnya kurang sejuk. Ini amat penting khususnya bagi wanita, bayi atau yang ada masalah kulit.

3. Memudahkan para ibu dan kaum hawa untuk menyusukan anak, membuka atau membetulkan tudung/pakaian, khasnya semasa cuaca panas terik.

4. Mengurangkan kerosakan peralatan dalam kereta, terutama ketika parkir di bawah terik matahari sepanjang hari.

PENINDASAN YANG NYATA

Jika JPJ dikuatkuasakan aturan plate number dengan jumud, siap bawa pembaris untuk mengukur semua nombor plate kenderaan, maka hampir semua kenderaan di Malaysia bakal kena saman. Terutamanya kenderaan pegawai JPj itu sendiri. Siapa yang terbeban saman? Kemudian semua kenderaan akan terpaksa beli plate baru. Siapa yang kaya?

Demikian juga isu cermin gelap. Bukankah kata-kata menteri yang tersiar di media rasmi itu jadi HUKUM? Namun apabila berurusan dengan Puspakom tiba-tiba tidak boleh dan diminta buka pula. Sampaikan cermin asal dari kilang yang gelap sedikit pun perlu ditukar. Tidakkah itu satu pembaziran dan membebankan?

Terkini isu kos untuk buat semua lesen memandu pula dinaikkan sekali ganda. Tidakkah itu membebankan rakyat bawahan yang tidak mampu sedangkan lesen itu satu keperluan asas? Tidakkah itu menyebabkan ramai yang akan memandu tanpa lesen? Tidakkah bebanan terhadap rakyat itu juga bakal mengundang banyak jenayah?

Satu hal lagi ialah seringnya berubah syarat tukar hakmilik kenderaan yang tidak bijak dan menindas. Berapa banyak kenderaan yang dibeli ketika pemilik masih hidup, lengkap dengan salinan kad pengenalan yang telah disahkan gagal dipindah milik kerana pemilik asal telah mati? Akhirnya ia terpaksa dilupuskan.

Ini banyak menyebabkan pembaziran khasnya pada pembeli miskin yang hanya mampu membeli kenderaan murah dan perlu masa untuk mengumpul duit bagi membiayai kos tukar milik. Sudahlah miskin, hanya mampu beli kereta lama, tiba-tiba terpaksa dilupus pula.

Begitu juga nasib yang menimpa pengusaha kereta terpakai yang biasanya hanya menukar hakmilik selepas kenderaan terjual. Mengapa tidak dipermudahkan dengan pengesahan dokumen jualbeli atau dengan bantuan surat sumpah?

Proses pengesahan kad pengenalan bagi urusan pindah milik juga amat dipersulit. Kedua-dua pemilik terpaksa hadir sendiri ke JPJ untuk pengesahan kad pengenalan. Bagaimana halnya dengan pemilik yang uzur? Yang berada di luar negara atau luar kawasan? Itu tidak termasuk kenderaan yang pemilik asalnya telah kembali ke tanah air.

APA SEBENARNYA PUNCA KEMALANGAN?

Banyak sekali kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. Berapa banyak tanker, lori pasir, lori balak, lori hantu yang bermaharajalela di jalanraya? Berapa banyak yang sah dari segi perlesenan dan sempurna ciri keselamatannya? Berapa ramai pemandu kenderaan berat dari kalangan PATI?

Berapa banyak injin yang diubah suai untuk berlumba di jalanraya? Tidakkah banyak kemalangan berpunca dari aktiviti lumba haram atau habit memecut di jalanraya dengan kuasa injin yang diubahsuai? Berapa banyak kereta motor di Dataran Merdeka yang memekak menayangkan kuasa injin sampai keluar api menjulang dari ekzos?

Di samping kondisi kenderaan, kemalangan juga banyak disebabkan oleh sikap dan gaya pemanduan yang liar, gopoh atau tidak berkemahiran. Masih ingat lagi kemalangan melibatkan kenderaan JPJ yang menyebabkan orang ramai marah sehingga ia dibakar? Berapa banyak pula lapuran awam mengenai kenderaan awam seperti bas/lori yang dipandu dengan laju dan merbahaya tak dilayan?

KESIMPULAN

Sekalipun benar rakyat kita mundur dan kelas tiga, berhati-hatilah membuat kenyataan terbuka, jangan asyik melukakan hati rakyat. Jika mahu gubal undang-undang pula, biarlah ia berasas dan mencapai maksud yang dihajatkan serta tidak membebankan rakyat. Jangan ikut musim dan berbentuk flipflop. Hari ini begini, esok begitu dan terus menerus berbolak-balik tidak menentu.

Jika mahu kuatkuasakan undang-undang biarlah ianya adil dan saksama. Lihatlah keliling kita. Berapa banyak kereta VIP yang bercermin gelap gelita dan tidak menepati ukuran plate number? Jika cermin gelap mereka ada permit atas apa alasan sekalipun, TETAPI adakah pula PERMIT KHAS untuk mereka tidak ikut ukuran plate number? Berapa banyak pula saman mereka yang dihapus kira? Mengapa boleh begitu?

Sebagai contoh, kenderaan bernombor ‘JPJ 11’. Ia milik individu yang turut menggubal peraturan yang sedang hangat diperkatakan dan dengan angkuh menguatkuasakannya tanpa budi bicara. Namun kenderaan itu sendiri tidak mematuhi aturan yang ditetapkan oleh penggubalnya... Aneh bukan? Wajar tidak puak ini dibenci masyarakat?

QS:61. Ash Shaff 2-3. "Hai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Kekalutan ini berpunca dari khilaf Ketua Pengarah atau pembuat dasar yang kurang matang. Sebagai rakyat, mari kita saling menyeru agar tidak memusuhi setiap anggota JPJ secara peribadi. Janganlah sampai hilang sifat insaniah kita hingga ada kejadian seperti meludah anggota JPJ yang kemalangan. Ketahuilah bahawa kami juga pernah menerima infaq dari anggota JPJ yang prihatin. Wajarkah kita bersikap zalim terhadap insan prihatin seperti mereka, hanya semata-mata mereka anggota JPJ?

Demikian juga dengan dendam dan kebencian yang sering kita zahirkan dengan wenangnya terhadap anggota PDRM. Ramai juga anggota polis dan bekas pegawai tinggi PDRM yang prihatin datang bersedekah di RPWP. PDRM juga ada hadiahkan beberapa buah van lama, walaupun sampai hari ini ia masih belum dapat kami baiki lagi. Jika ada yang ambil rasuah tanpa kerelaan kita, lapur saja pada SPRM. Jika kita sendiri yang gatal-gatal menghulur rasuah kepada mereka, mari kita tuding jari kepada diri kita juga.

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memenuhi permintaan mereka yang meminta perkongsian khusus dari kami. Anggaplah ini juga sebagai seruan dan rayuan ikhlas kami untuk didengar oleh pihak JPJ, PDRM dan juga pembaca amnya.

Terengganu kiter

bercuti di terengganu... malas nak taip banyak banyak..

Cukai dan GST

Gst

Assalamualaikum harini saya ingin membincangkan tentang isu semasa iaitu gst melalui sudut pandangan saya dalam satu penyampaian ringkas. Gst  boleh ditakrifkan sebagai  good&service tax ,general service tax government service tax atau yang sama waktu dengannya. Walau apapun ia cukai adalah cukai iaitu bayaran yang perlu dijelaskan oleh setiap penduduk Malaysia. sedarkah kita pada hari ini kenaikan harga barangan perkhidmatan dan sebagainya telah menyebabkan kuasa beli kita telah berkurangan secara mendadak, jika ya Tanya diri anda mengapa?. Hal ini adalah kerana kenaikan harga cukai dan pengenalan pelbagai jenis cukai yang dibuat bagi membantu bayaran bunga hutang Negara.


 Masalahnya dengan golongan birokrat berpendidikan tinggi ini adalah mereka menyangka tindakan menaikkan kadar cukai dapat menyelamatkan ekonomi. cukai membunuh ekonomi , manakala pihak bank dan ahli politik menjadi semakin kaya.Masaalah dapat menjadikan kita lebih bijak, masalah juga dapat menjadikan kita lebih miskin, pilihan di tangan kita. Semua orang mahu hidup mereka ditanggung kerajaan tetapi mereka lupa kerajaan hidup hasil tanggungan semua orang. Fikir fikir dan renungkanlah.




Trust me, i'm an engineer !

DEDICATED TO THE WORLD ENGINEER..






Trust me, im an vagineer with epic skills and epic gear. Trust me im an vagineer i think we should put that thing into here. Trust im an vagineer. O shit! i think im outta here! ..shit.....ooo shit iam here...........

Engine Knocking

salam satu malaysia hari ni aku nak sembang tentang engine knocking kepada peminat tegar modified kereta atau dragster2 mesti pernah mengalami kejadian engine knocking ni.

untuk nubis kat luar sana knocking ni maksud dia percikan@penyalaan enjin pembakaran dalaman berlaku apabila pembakaran campuran udara / bahan api dalam silinder bermula dengan betul dalam tindak balas kepada pencucuhan oleh palam pencucuh, tetapi satu atau lebih valve@injap campuran udara / bahan api meletup di luar timing pembakaran biasa.Caj bahan api-udara bertujuan untuk dinyalakan oleh palam pencucuh saja, Knocking berlaku apabila kemuncak proses pembakaran tidak lagi berlaku pada masa yang optimum untuk kitaran empat lejang. Gelombang kejutan mewujudkan bunyi "ping", dan tekanan silinder meningkat secara mendadak. Kesan enjin knocking pelbagai dari x dak pa sampai jahanam kereta anda.

selain tu ada beberapa sebab lagi knocking ni berlaku antarnya setting x cun (distributor /highcam). afr(air fuel ratio) tinggi lebih dari spec compression ratio tinggi. semua masaalah ni boleh diselesai kan dengan setting semula dan dyno balik engine..kecuali compression ratio tinggi sangat ni xboleh buat apa kena tambah bajet jawab dia.

untuk yang x berapa biasa untuk menghilangkan knocking engine yg disebabkan compression ratio tinggi ni ada beberapa cara tapi semua makan modai..yang pertama masuk engine management sebolehnya yang standalone sebab banyak menda boleh setting kat situ satu lagi sebab dia boleh tambah lebih kurang 30% power engine. kalau jenis piggyback macam emanage problem x boleh selesai 100% kena tambah beberapa barang lagi mcm ignition harness dsb..satu lagi jalan penyelesaian dia tukar minyak petrol.minyak petrol????..maksud aku RON petrol ..

sini ada sikit maklumat tentang ron dan compression ratio

untuk engine yang mempunyai compression ratio(CRs) lebih kurang 16:1 300hp ron yang aku syorkan 114 octane rating @ron118
untuk engine yg CRs dalam linkungan 12:1-13:1 hp lebih kurang dari 200hp ron yg disyorkan 107 octane rating @ron107
untuk engine yg CRs bawah 15:1 motor octane 108 @ron104
last sakali yg CRs lebih kurang 14:1 motor octane 114 @ron110
semua ni untuk engine yg beroperasi dalam range 8000rpm kalau engine bawah 8000rpm x perlu la membazir untuk minyak petrol ni ada beberapa jenama yang boleh didapati dimalaysia contoh avgas ron104,torco ron118,qfuel,vpracing fuel.. sekian......................................tu ja untuk hari ni penat da taip



piezoEletric

Next issue will come with new system called piezoelectric



Piezoelectricity /piˌzˌilɛkˈtrɪsɪti/ is the electric charge that accumulates in certain solid materials (such as crystals, certain ceramics, and biological matter such as bone, DNA and various proteins) in response to applied mechanical stress. The word piezoelectricity means electricity resulting from pressure. It is derived from the Greek piezo or piezein (πιέζειν), which means to squeeze or press, and electric or electron (ήλεκτρον), which stands for amber, an ancient source of electric charge. Piezoelectricity was discovered in 1880 by French physicists Jacques and Pierre Curie.
The piezoelectric effect is understood as the linear electromechanical interaction between the mechanical and the electrical state in crystalline materials with no inversion symmetry.The piezoelectric effect is a reversible process in that materials exhibiting the direct piezoelectric effect (the internal generation of electrical charge resulting from an applied mechanical force) also exhibit the reverse piezoelectric effect (the internal generation of a mechanical strain resulting from an applied electrical field). For example, lead zirconate titanate crystals will generate measurable piezoelectricity when their static structure is deformed by about 0.1% of the original dimension. Conversely, those same crystals will change about 0.1% of their static dimension when an external electric field is applied to the material. The inverse piezoelectric effect is used in production of ultrasonic sound waves.
Piezoelectricity is found in useful applications such as the production and detection of sound, generation of high voltages, electronic frequency generation, microbalances, and ultrafine focusing of optical assemblies. It is also the basis of a number of scientific instrumental techniques with atomic resolution, the scanning probe microscopies such as STMAFMMTASNOM, etc., and everyday uses such as acting as the ignition source for cigarette lighters and push-start propane barbecues.

Continue 4g engine

The 4G ENGINE

Assalamualaikum this entry is about 4g engine from mitsubishi

Mitsubishi Motors uses a simple four-digit naming scheme for its automobile engines:

The first digit signifies the number of cylinders The second is the fuel type; "G" for gasoline The third is the engine family The fourth is the engine model The first digit is sometimes omitted, shifting the entire scheme by one to make room for another character, such as "T" for turbocharged or "B" for second-generation.

I4 Mitsubishi has developed five families of straight-4 engines:

4G1x "Orion" - 1.2 L to 1.5 L 4G3x "Saturn" - 1.2 L to 1.8 L 4G5x "Astron" - 2.0 L to 2.6 L "Silent Shaft" 4G6x "Sirius" - 1.6 L to 2.4 L 4G9x - 1.6 L to 2.0 L

There a future upcoming family of straight-4 engines in a joint-venture with DaimlerChrysler and Hyundai known as Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA)

V6 Mitsubishi has two families of V6 engines:

6A1x - 1.6 L to 2.5 L 6G7x - 2.5 L to 3.5 L

SEROJA...




LAYANN....................

mivec

assalamualaikom dan salam satu malaysia

mivec?
mesti korang sume pernah dengar perkataan ni so post hari ni adalah tentang mivec
mivec ni adalah singkatan daripada (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system).kira sistem dia ni berasaskan valve timing iaitu satu sistem yang ada pada head kereta.mivec ni secara ringkasnya ia menggunakan konsep pembolehubah pada masa atau timing injap masukan(intake) dan injap ekzos(exhaust) dengan mengunakan camshaft.




Ni dia gambo





credit to gagak hitam photography and bomb machine malaysia

Kami bomb machine ! Fast4ward drag 4 fun kg gajah 7.7.2013





blog hilang.....

aku ingat blog aku hilang .. cari punya cari .... rupanya blog aku da jadi www.ikut-dan.blogspot.com maknyanya aku dah ada domain sendiri .... macam mana mon aku masih x taw macam mana menda ni terjadi

PROSEDUR TUKAR NAMA KERETA (PUSPAKOM)



1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar 30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama..
4. Lepak.. nanti V.E ambil kereta korang.
5. lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan..
6. tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya..

Macamana Nak LULUS
Bagi pemilik kereta yang nak buat tukar hak milik

1. kereta korang mestilah standard.. takada modifikasi yang tidak dibenarkan @ hasil belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. no. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong 2, (potong sambung).. kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. cermin mestilah cerah.. bermaksud.. kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%. itu je..

kereta karat ke, lampu tak menyala ke, aircond takde ke.. kereta pintu kemek ke.. tayar botak ke.. selagi untuk pemeriksaan tukar hak milik benda tu tak ada periksa pun.. cat buruk macam sampah ke takpe... selagi korang tak tukar identiti kenderaan tu.. dari kancil pergi mira ( dahaitsu), dari wira pergi evo3 (mitsubishi).. keputusan Puspakom ni (vr1) tahan selama 1 bulan sahaja.. jangan lewat pulak.. nanti kena periksa lagi..

Bila dah siap puspakom korang pergi JPJ.
1. Pergi kaunter pertanyaan..
2. cakap nak buat tukar nama.
3. nanti diaorang akan bagi borang...
4. untuk ic owner lama, nanti diaorang akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan korang, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah..
5. kalau roadtax masih hidup, korang pergi buat insuran atas nama korang dulu, tapi kalau nak mudah.. korang semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh VR1 korang tadi..
6. semak semula dokumen korang.. bila dah cukup.. atau bawak balik ke konter peranyaan JPJ tadi.. korang suruh diaorang tolong semak dokumen tadi..
7.bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. sampai giliran.. korang bagi ic original korang dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. lepas tu diaorang akan suruh korang duduk sebentar..
10. tunggu sampai diaorang panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. keluar dari pejabat JPJ.
12. Masuk Kereta..
13. start enjin, masuk gear,, dan senyum.. balik.. urusan selesai.. 

kalau korang buat sendiri, kos dalam rm 130. sahaja, tidak termasuk cukai jalan dan insuran.. mudah kan.. apa yang diperlukan.. masa sehari..

P/s. Pastikan kenderaan anda yang nak ditukar nama tu tak ada saman yang dah blacklist, kalau tak boleh merencatkan urusan pemindahan tukar nama tu harga mungkin naik dari masa ke semasa..