Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta




Jenis Permohonan Tukar Enjin

[copy dari portal JPJ]
JENIS-JENIS PERMOHONAN 
Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama dengan enjin asal atau tidak melebihi 25% dari enjin asal. 
Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang sama dan keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal dan tidak melebihi 30% dari enjin asal. 
Kategori 3 : Penukaran enjin dari buatan yang sama dan keupayaan kapasiti (cc) bertambah atau berkurang melebihi 30% dari enjin asal. 
Kategori 4 : Penukaran enjin (sama atau berbeza buatan) dengan menggunakan bahan bakar yang berbeza daripada enjin asal. 
Kategori 5 : Penukaran enjin dari buatan yang berlainan dengan enjin asal. SYARAT-

SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin: Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik pada bahagian rangka chasis (chassis frame). Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% opacity. (Bagi enjin diesel sahaja). Status enjin diesel hijau akan terbatal bila enjin telah ditukar (bagi enjin diesel hijau sahaja). Tahap kecekapan sistem brek hendaklah ditingkatkan kepada 60% mengikut piawaian ujian brek dan had kestabilan sistem gantungan (Suspension System) hendaklah ditingkatkan juga. (Kategori 2 atau 3 sahaja) Kenderaan mestilah dilengkapi dengan brek cakera (disc brake) di hadapan dan di belakang. (Kategori 2 atau 3 sahaja) 


DOKUMEN-DOKUMEN PENTING Bagi Kategori 1 – Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut: Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan Bil/Resit belian enjin yang asal Laporan Kastam K1 yang asal Bagi Kategori 2 hingga 5 – Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut: Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Salinan bil/resit belian enjin Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut: Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan Bil/Resit belian enjin yang asal Laporan Kastam K1 yang asal Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) Laporan PG10 (Kategori 3 sahaja) Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan